Sebelum ini kisah Ruhainies, pelakon comel ini tular sedang bermain cinta dengan pemain bola sepak kebangsaan Safawi Rasid yang diperkatakan netizen.

Baru-baru ini, Ruhainies telah menulis status di laman Twitter beliau untuk menjelaskan hubungan beliau dan Safawi Rasid hanyalah sekadar kawan dan meminta netizen diluar sana berhenti untuk menghukum dan mengecam Safawi Rasid berkaitan isu tersebut.

twitter ruhainies

“Sudahlah membuat spekulasi, janganlah disebabkan perkara sebegini akan merosakkan persahabatan kami, jangan buat mereka (Safawi dan teman wanitanya) tertekan, berilah ruang terhadap mereka.”

Ruhainies juga meminta netizen supaya tidak mudah membuat spekulasi yang negatif tentang Safawi Rasid dan biarkan sahaja dia ingin bercinta dengan sesiapa pilihan hatinya.

“Biarlah dia (Safawi) nak bercinta dengan sesiapa pun, dia pun ada perasaan, berilah peluang kepadanya, jangan marah-marah.”

Kedua-dua mereka telah menafikan hubungan mereka dan terbaru Safawi Rasid langsung tidak berselindung dalam memuat naik sekeping foto bersama pengacara 999 dengan kapsyen yang ‘sweet’ namun telah diberikan tanggapan negatif oleh netizen.

 

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group