Pelakon, Saharul Ridzwan yang semakin dikenali ramai menerusi watak beliau sebagai Shah dalam drama Jangan Benci Cintaku telah kembali mencipta nama beliau dalam industri hiburan tanah air.

Berikutan perkara tersebut, beliau mempunyai peluang luas untuk kembangkan lagi nama dan bakat beliau dalam industri dan kini telah menyuarakan hasrat beliau untuk menceburi dalam bidang nyanyian pula.

Beliau yang kini telah selesai melancarkan single terbaru beliau yang berjudul Buku Putih telah berduet bersama composer dan penyanyi, Ajai.

Beliau akui akan suara beliau yang sumbang dan oleh kerana itu beliau mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan Ajai kerana kelemahan beliau boleh dijadikan kelebihan buat Ajai.

“Kenapa saya tidak menyanyi? Kerana saya tidak suka menyanyi malah saya sedar suara saya sumbang.”

“Kerana itulah saya berkerjasama denga Ajai, dia berjaya mencari kelemahan saya untuk dijadikan kelebihan.”

Saharul Ridzwan yang dikenali sebagai pelakon itu, menceburi bidang nyanyian bukan untuk mencari publisiti dek kerana nama beliau semakin meningkat namun untuk dijadikan perspekstif yang positif daripada peminat berkaitan watak Shah yang semakin dibenci peminat.

“Saya bukan buat benda ini (lancar lagu) untuk cari publisiti, saya juga percaya akan kekuatan Ajai dan lirik yang saya hasilkan.”

“Sekarang ramai benci Shah, jadi saya cuba untuk menukar persepsi negatif tersebut dengan melancarkan single ini.”

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group