Usahawan kosmetik, Nur Sajat yang baru-baru ini telah mengeluarkan lagu terbaru beliau iaitu Bobo Di Mana dan telah mendapat banyak kecaman daripada netizen melalui lagu tersebut.

Ada juga netizen yang mengatakan suara yang digunakan beliau adalah ‘auto tune’ namun telah dinafikan sama sekali oleh beliau dan menyatakan suara tersebut asli daripada suara beliau sendiri.

Terkini, Sajat sekali lagi mengundang perhatian netizen apabila menyatakan hasrat beliau untuk melahirkan anak sendiri untuk membuktikan beliau adalah seorang wanita sejati menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram milik beliau.

Rata-rata netizen meninggalkan komen dengan pelbagai persoalan dan kemusykilan terhadap kenyataan yang dimuat naik Sajat itu.

“Wanita la sangat… Hahahahha”

“Kalau nak anak kena kahwin ngan perempuan bukan kahwin laki sama laki. Mana nak datang anaknya kalau laki dengan laki. Sia2 je kahwin takde anak nanti.”

“alahai sajat kelakar naww”

“Haha knapa tu sajat hahaha (inshaallah) memang takdapat u ada anak.. boleh try kalau dpt update story haha”

Ada saja idea nakal netizen untuk mengusik Sajat. Walau bagaimanapun, kita doa yang baik-baik sahaja lah untuk Sajat tunaikan hasrat beliau itu. Kita hanya boleh tunggu dan lihat bukti itu nanti.

 

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group