Aplikasi yang kini terkenal di kalangan umum di laman Instagram “Ask Me Question” yang bertanyakan soalan kepada pemilik akaun itu telah digunakan juga oleh usahawan kosmetik yang dikenali ramai, Nur Sajat.

Berikutan penggunaan kemudahan aplikasi tersebut, seorang netizen telah bertanyakan soalan pedasnya yang berkaitan isu jantina kepada Sajat sehingga membuat Sajat naik angin.

Soalan yang ditujukan tersebut telah menaikkan amarah Sajat sehingga beliau dengan bersungguh-sungguh menyatakan bahawa beliau adalah seorang perempuan tulen yang dilahirkan daripada rahim ibu beliau sendiri.

nursajat02_35617379_269429543804584_2307024206824472576_n

Rata-rata netizen meninggalkan komen yang mempertikaikan jantina dan masih tidak mempercayai kenyataan yang dibuat Sajat di laman Instagram beliau.

“Habis tu sajat video yang ‘Halalkah aku’ kat youtube tu hape? U sendiri cakap u lelaki makan hormone segala bagai.”

“klu dia pompuan tulen dh lama dia tnjk ic n surat branak dia 😂.”

“Mak awak lahirkn awak lelaki… Tp knpa awak nak jd prmpuan…. Bertaubat la sblum trlmbt abg sajat… Nnti mati nnti kubur x trima nnti…”

“Jantan tetap jantan la bro…xpyh nk ubah ciptaan tuhan..dlu pun ada video ko ckp ko tu jantan..sejak bila plak dh jd betina..xpasal2 libat kan mak bapak utk selamatkam diri..”

Diharapkan Sajat bersabar dengan sikap netizen di luar sana dan beliau juga dinasihatkan menunjukkan bukti yang kukuh mengenai jantina beliau supaya dapat menghapuskan kecaman-kecaman daripada netizen.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group