Pelakon, Scha Alyahya mengakui pernah terfikir untuk menutup akaun media sosial dan itu semua bukanlah kerana tekanan mahupun sebaliknya namun perkara itu dilakukan hanya untuk ‘detox’ diri beliau sahaja.

“Dua tiga bulan sebelum ini memang pernah terfikir nak tutup atau berehat daripada media sosial, tak ada rasa tertekan tapi saya ingin ‘detox’ dan nak fokus kepada benda yang sepatutnya, benda yang lebih penting.”

Scha yang ditemui di Majlis Malaysia’s Top Influencer Watson di Studio DL berkata, beliau ingin mengambil inisiatif tersebut dek kerana melihat adik beliau yang sudah hampir setahun tidak memuat naik apa apa di media sosial dan kelihatan lebih aman dan lebih fokus.

schaalyahya_41803246_1877867002302624_3375837789079180249_n

“Scha terfikir benda tu sebab lihat adik, dia dah hampir setahun ‘detox’, tak update apa-apa di media sosial. Dia rasa lebih aman, lebih fokus.”

“Pada Scha, bukanlah nak kata sosia media ini tak bagus, dia ada kelebihan dan kekurangannya cuma itulah, kadang-kadang kita boleh terleka dengannya, yelah… dok kejar like, edit gambar itu ini semua.”

Scha juga berkata lagi, beliau sendiri memang jarang untuk mengemas kini laman sosial beliau sehingga menerima apa jua kecaman yang dilemparkan dek kerana hal itu namun beliua menganggap semua kecaman yang diterima sebagai asam garam dalam kehidupan sebagai seorang selebriti.

“Kalau perasan, Scha kalau buat benda tak share sangat kalau nak dibandingkan dengan orang lain sebab kita berbeza. Tapi bila tak share itu macam-macam komen pula yang Scha terima, orang tuduh macam-macam.”

“Pada Scha, saya lebih pentingkan masa berkualiti, tak semestinya Scha tak tunjuk tu maknanya kita tak buat kan? Macam solat, tak kan masa nak solat nak update?”

“Apa-apapun, semua ini berbalik pada diri sendiri, kena pandai seimbangkan dan juga ‘self-love’ jangan terlalu tertekan dengan apa yang netizen nak.”

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group