Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan mengatakan bahawa beliau kini lebih berhati-hati dalam pertuturannya ketika membuat persembahan dan menulis coretan di laman sosial.

Menurutnya, setelah beliau menjadi selebriti, beliau menjaga tingkah laku dan pertuturannya kerana dirinya juga menjadi tontonan kanak-kanak dan beliau harus menunjukkan contoh yang baik.

Tambahnya lagi, beliau mengelak untuk menggunakan bahasa kasar atau kesat ketika melakukan persembahan di atas pentas atau di televisyen dan di laman sosial kerana setiap apa yang dilakukan akan menjadi ikutan dan beliau ingin memberikan perkara yang positif kepada masyarakat.

Diharap usaha yang dilakukan oleh Abam akan dijadikan contoh oleh selebriti-selebriti yang lain.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group