Kecoh di laman sosial Twitter semalam mengenai tindakan Vivy Yusof merekod filem di Instastorynya.

Perbuatan tersebut tidak beretika kerana merakam filem di tayangan awal filem tersebut, malah ianya merupakan satu kesalahan merakam filem di panggung wayang.

Lebih mendukacitakan, filem ini hanya akan ditayangkan di Malaysia bermula minggu hadapan. Jadinya, Vivy sedikit sebanyak sudah membuat spoiler awal kepada peminat filem Crazy Rich Asians ini.

Dia yang pernah mempertikaikan orang yang menciplak jenama tudungnya sebelum ini, melakukan tindakan yang sama seperti orang yang menciplak tudungnya tapi versi yang berbeza.

Rata-rata netizen mengatakan Vivy seorang yang hipokrit kerana dia melakukan tindakan sedemikian rupa.

Bagi anda diluar sana, pastinya mengetahui menjadi satu kesalahan untuk merekod filem di panggung wayang untuk dijadikan tontonan umum.

Anda sendiri nilaikan perbuatan Vivy ini, adakah ianya merupakan satu perbuatan yang melanggar etika ataupun tidak.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group