Sharifah Sakinah atau nama sebenarnya,Sharifah Nurul Sakinah binti Syed Abu Bakar Al-Khaired baru-baru ini dikecam teruk oleh orang ramai apabila beliau memuat naik sekeping gambar di laman instagram beliau bersama pelakon yang tidak asing lagi di tanah air ini iaitu Remy Ishak.

Orang ramai mengecam beliau kerana merasakan sikapnya yang memuat naik gambar yang manja dan lentok di bahu Remy Ishak itu sudah keterlaluan dek kerana statusnya sebagai isteri orang dan Remy Ishak bukanlah mahram beliau.

Namun begitu , seperti yang orang ramai tahu , Sharifah Sakinah seorang yang berterus terang dan langsung tidak mempedulikan kata-kata orang ramai itu telah tampil dengan mengemukakan soal akidah malah menyatakan itu adalah sebahagian dari kerjaya beliau sebagai seorang pelakon.

Walau apa pon watak yang dipegang oleh seorang pelakon itu , mereka juga haruslah menitikberatkan soal pandangan orang ramai dan tidak perlu jadikan ia satu tontonan yang perlu dicontohi.

Semoga Sharifah Sakinah mengambil iktibar daripada kejadian ini dan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group