Berikutan satu video yang dikongsikan oleh pengguna Twitter mengenai video nyanyian peserta dari sebuah program realiti televisyen, Sarah Suhairi yang menyanyikan lagu kumpulan K-Pop mendapat perhatian netizen.

Video tersebut mendapat perhatian Shila Amzah, lalu Shila Amzah memberikan komen dan pendapat mengenai persembahan Sarah di Twitter.

Akan tetapi, komen tersebut membuatkan netizen berang terutama sekali peminat-peminat Dato’ Siti Nurhaliza, dan rata-rata netizen menganggap komen Shila Amzah biadab.

Disebabkan hal tersebut, Shila Amzah memohon maaf di laman sosial Twitternya.

Apa-apa pun, mungkin Shila Amzar boleh berhati-hati ketika menyuarakan pendapatnya selepas ini.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group