Sebelum ini penyanyi, Shila Hamzah pernah dikaitkan dengan beberapa kontroversi yang mengaitkan diri beliau malah juga dikaitkan mengenai tingkah laku beliau yang dianggap sombong oleh ramai orang.

Shila Hamzah tampil menjelaskan isu sombong yang mengaitkan diri beliau dengan berkata, beliau sama sekali tidak mempunyai sebarang masalah dengan mana-mana pihak dan beranggapan itu adalah kerana mereka tersalah tafsir mengenai diri beliau dek kerana raut wajah beliau yang kelihatan seakan sombong.

Shila berkata itu adalah diri beliau yang sebenar namun beliau tidak mengambil hati sehingga dikatakan ingin terus tinggal di China.

“Sebenarnya saya tak ada masalah dengan sesiapa pun. Cuma saya tak reti berpura-pura depan orang dan tak adalah merajuk sampai nak terus tinggal di China. Cuma mungkin sekarang rezeki lebih disana.”

Pada masa yang sama, beliau turut menjelaskan satu lagi isu yang telah mengaitkan diri beliau dengan dua penyanyi terkenal baru-baru ini.Beliau berkata tweet yang ditulis beliau itu sebenarnya disalah erti oleh pengikut beliau sehingga membabitkan beberapa nama penyanyi terkenal.

“Saya boleh katakan tindakan membuat kesimpulan secara terburu-buru itu adalah sesuatu yang kurang bijak sebab kenyataan saya sebelum ini sebenarnya bersifat terbuka. Malah tidak tujukan pada sesiapa. Cuma bagi saya yang pernah menyertai pertandingan seumpama ini, saya cuma luahkan pendapat umum. Jadi nasihat saya lebih bagus jika kita bersangka baik dengan semua tidak kira selebriti ataupun peminat.

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda! 

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group