Sissy Iman, peserta Big Stage yang merupakan lulusan Ijazah Sarjana Muda Perguruan menjelaskan beliau tidak pernah berhasrat untuk menutup terus impian beliau bergelar guru meskipun telah menepa nama dalam industri muzik.

“Saya tak pernah rancang untuk berhenti daripada mengajar, malah dari usia 16 tahun lagi saya sudah mula menjadi ‘guru’.”

Sissy Iman telah berjaya graduasi dengan cemerlang dalam Ijazah Sarjana Muda Perguruan baru-baru ini dan berkata beliau harus fokus satu persatu sebelum melakukan sebarang keputusan.

sissyimann_38782338_260185644604937_3010715952158343168_n

“Alhamdulillah, saya sudah bergraduasi dan cita-cita untuk menjadi guru semakin hampir.”

“Apapun, apa yang ada depan mata saya akan fokus terlebih dahulu terutama Big Stage.”

Beliau juga ingin meneruskan cita-cita beliau untuk bergelar guru namun beliau kurang berminat untuk mengajar di sekolah harian dan biarlah dia terus mengajar dengan cara yang sedia ada kerana bagi beliau itu adalah cara terbaik buat masa sekarang.

“Cuma saya kurang gemar mengajar di sekolah harian, mungkin dalam waktu dan situasi sekarang pilihan ini lebih sesuai.”

“Saya boleh mengeksplorasi dunia dan pengalaman luar berbanding mengajar di sekolah.”

Sissy Iman berjaya meraih ijazah kelas pertama dengan mendapat keputusan cemerlang dalam bidang Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah di Institut Pendidikan Guru (IPG) Ilmu Khas, Cheras dengan gred purata 3.85.

sissyimann_39209633_268518983970152_391190783870369792_n

Jangan lupa saksikan Sissy Iman berentap dengan 8 bintang muda yang lain dalam rancangan reality Big Stage yang bersiaran secara langsung setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria dan Ria HD.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group