Nama yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza, penyanyi tersohor Malaysia baru-baru ini menjadi perhatian orang ramai apabila beliau memuat naik gambar beliau yang kelihatan langsing dan mengenakan jaket yang pernah dipakainya 11 tahun lalu.

Rata-rata netizen memuji penampilan Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kelihatan langsing setelah melahirkan anak pertamanya dan ada juga netizen yang meminta tips untuk menguruskan badan di ruangan komen gambar tersebut.

Menurut catatan di Instagram beliau, jacket yang digayakan merupakan jacket kesayangan beliau dan beliau pernah memakainya ketika di pembukaan butik LV pada tahun 2007.

Pastinya ramai yang menginginkan rahsia kekal langsing Datuk Seri Siti Nurhaliza, diharap beliau dapat berkongsi rahsia beliau dengan orang ramai.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group