Penyanyi paling terkenal tanah air, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang baru-baru ini telah dikurniakan cahaya mata pertama beliau, Siti Aafiyah mengambil tindakan untuk menyekat pengikut yang bertindak biadap di laman Instagram milik beliau.

ctdk_36621317_455825901511182_8284267181202472960_n

Baru-baru ini, beliau telah memuat naik video anaknya, Siti Aafiyah di spa bayi di laman Instagram beliau mendapat komen negatif daripada netizen yang beranggapan ia sesuatu yang membahayakan bagi bayi yang baru berusia empat bulan itu.

Menurut wawancara Berita Harian,Siti beranggapan tindakan biadap netizen yang melemparkan komen-komen negatif itu dapat memberikan kesan negatif kepada emosi beliau dan mengambil inisiatif untuk menyekat pengikut tersebut.

Beliau berkata lagi, sekiranya komen negatif tersebut dapat dijadikan pengajaran, beliau akan menerima dengan baik namun seringkali komen tersebut sengaja untuk memancing emosi Datuk Seri Siti Nurhaliza.

“Kalau komen yang ditinggalkan itu negatif, tetapi membina, saya boleh terima. Selalunya, mereka yang melontarkan komen sebegitu sengaja melakukannya untuk memancing emosi saya.”

Siti berkata lagi, kini beliau telah mengehadkan perkongsian wajah anak beliau kerana mengikuti kata-kata suami untuk tidak terus menjadi bahan kecaman netizen.

“Muat naik benda baik sekalipun, pasti aka nada yang mengata. Jadi, Siti ikut saranan suami kerana itu yang terbaik.”

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group