Pelakon, Syafiq Kyle atau nama sebenar Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak yang semakin terkenal menerusi drama Nur mengakui beliau berjaya mengecapi populariti itu hasil dari usaha beliau yang tidak pernah kenal erti putus asa.

Beliau berkata setiap benda perlu ada usaha meskipun dulu beliau kurang dikenali dalam industri ini namun beliau terus berusaha sehingga berjaya menjadikan lakonan beliau itu berhasil sehingga dipandang dan diterima peminat.

“Perlu ada usaha kita mahu kehadapan dan mahu benda yang baik buat diri sendiri, saya meletakkan usaha dan kerja sebagai nombor satu supaya tidak tertekan.”

“Dan bila dapat sesuatu yang diharapkan, ia sesuatu yang saya layak dapat kerana sudah berusaha untuk mengecapinya. Seperti satu ketika dahulu ketika awal pembabitan dalam dunia lakonan, saya tetap meletakkan usaha walaupun tidak dikenali.”

Syafiq Kyle juga mengakui hubungan beliau antara peminat semakin hari semakin rapat apabila beliau berusaha untuk melayan kesemua peminat beliau kerana dengan cara itu, setiap selebriti tanah air akan mendapat hasil positif dan lebih diterima peminat dari sudut yang positif.

Syafiq Kyle ditemui ketika majlis sidang media bersama barisan pelakon Gol&Gincu Vol.2 yang bakal ditayangkan 25 Oktober depan dan beliau juga baru sahaja menghabiskan penggambaran lakonan terbaru beliau dalam telemovie Pengantin Lari Culik Artis yang bergandingan bersama penyanyi Pematah Hati, Nabila Razali.

syafiqkylez_38458095_683800418644067_7569392736894189568_n

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group