Syazuwan Hassan pelakon filem ‘Pulang’ itu sedar akan watak yang dilakonkan beliau bakal mengundang pelbagai reaksi daripada kalangan penonton namun beliau telah bersedia dengan apa jua penerimaan penonton terhadap watak yang dibawanya.

Melalui wawancara mStar Online, beliau berkata beliau telah pun bersedia dan tidak kisah akan kritikan yang bakal diterimanya kerana watak yang dilakonkan beliau bukanlah watak jahat, ia hanyalah watak yang bijak mengambil peluang.

“Terpulang kepada penonton untuk tafsirkan karakter saya dalam filem ini kerana bagi saya ia bukannya watak yang jahat, hanya bijak mengambil peluang.”

“Tak kisahlah (jika dikritik) kerana perkara itu baik untuk kerjaya saya.”

Filem Pulang yang bakal berjumpa penonton di pawagam bermula 26 Julai ini yang dibintangi oleh Syazuwan Hassan, Remy Ishak, Puteri Aishah dan ramai lagi.

Diharapkan rata-rata penonton dapat menerima baik watak yang dilakonkan oleh Syazuwan Hassan kerana itu hanya sekadar lakonan semata-mata dan tidak perlu untuk mengambil serius perkara tersebut.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group