Baru-baru ini pelakon Syazwan Zulkifly meluahkan rasa kurang senangnya terhadap Janna Nick semasa mengacarakan sebuah program hiburan di TV3 dalam laman sosial Twitternya.

Dia menzahirkan rasa kecewanya dengan menulis di laman sosial Twitternya bahawa dia merasakan industri hiburan tanahair berada di tahap monyet.

Penulisan dia disebabkan rasa tidak puas hati apabila melihat pengacara tersebut kelihatan tergedik-gedik ketika mengacarakan program dimana dia percaya ianya tuntutan program tapi ianya kurang menyenangkan.

Sebagai seorang penonton, dia hanya berasa jengkel terhadap apa yang dilihatnya dan tidak mempunyai masalah peribadi dengan pengacara program tersebut.

Dia meminta maaf andai kata-kata beliau menyuarakan pendapat mengguris hati pengacara dan peminatnya.

Yang baik kita ambil, yang buruk kita buang, segala pendapat dari orang luar boleh diambil untuk perbaiki diri kita.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group