Penyanyi, Syura Badron telah menerima mesej daripada individu yang tidak dikenali dan berasa berang apabila beliau ditawarkan perkhidmatan sugar daddy atau lebih diketahui ramai, golongan lelaki ‘poket tebal’.

Syura berkata ianya bukan kali pertama beliau menerima mesej dan tawaran seperti itu dan beliau menganggap itu sudah melampau sehingga berasa itu satu penghinaan buat diri beliau.

“Saya terkejut kerana saya tidak kenal dan dia berani menawarkan perkara itu kepada saya. Saya tidak tahu apa yang dilihat dan menilai saya menerusi Instagram sehingga merasakan saya perlukan sugar daddy.”

“Ini kali pertama saya mesej daripada orang tidak dikenali di laman sosial namun saya akui ada beberapa kali juga tawaran itu datang daripada orang yang saya kenal dan mereka cuba memperkenalkan saya dengan orang-orang macam ni.”

“Mungkin mereka lihat saya janda dan ibu tunggal mereka fikir saya perlu benda tu semua?”

Beliau juga berkata lagi, meskipun memegang gelaran janda dan ibu tunggal sekaligus mempunyai kehidupan yang kurang mewah, namun bagi beliau bukan dengan menggunakan jalan yang mudah untuk terus hidup senang.

Syura juga menjelaskan bahawa diri beliau tidak memerlukan sugar daddy untuk menampung hidup beliau dan anak kerana selama ini beliau sudah terbiasa hidup berdikari selama 9 tahun.

“Walaupun seburuk mana kehidupan saya, sugar daddy tidak berada dalam senarai saya untuk selesaikan masalah.”

“Sejak sembilan tahun saya sudah menyanyi dan meniaga untuk bantu keluarga, tidak terlintas langsung untuk cari sugar daddy.”

Di samping itu, menurut beliau perkara seperti boleh dikategorikan sebagai mempersendakan kaum wanita terutamanya ibu tunggal kerana mereka dipandang seoalah-olah tidah boleh hidup berdikari tanpa suami.

“Jangan pandang serong wanita boleh hidup dan cari rezeki yang halal. Saya faham kadang-kadang kehidupan seorang artis bila orang nampak kita tiada kerja dan hidup selesa mulalah fikir ke arah itu.”

 

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group