Penyanyi, Tajul yang telah meyertai program realiti Big Stage akui bukan mudah untuk mengumpul peminat-peminat untuk mengundi beliau dalam waktu yang sama meskipun ia melalui aplikasi Tik Tok sekalipun.

Namun, ada segelintir pihak beranggapan Tajul sering terselamat daripada penyingkiran dek kerana undian atas talian yang dibuat menerusi aplikasi Tik Tok tetapi Tajul sentiasa menganggap sokongan peminat dapat memberi beliau semangat untuk bersaing bersama pesaing-pesaing hebat dalam program realiti tersebut.

“Ada juga yang saya baca menerusi media sosial, kata saya ni selamat pun sebab TikTok. Sebenarnya bukan senang untuk kekalkan pengundi untuk terus mengundi secara online. Agak susah juga untuk maintain.”

“Kita pun kerja keras untuk minta peminat undi. Macam contoh, dalam 10 yang kita minta, mungkin hanya satu yang undi. Jadi untuk kekalkan itu, memang susah. Saya perlu keep on posting dan minta mereka untuk terus memberikan sokongan.”

Tajul juga berkata, persembahan yang mantap dan baik juga dapat memikat hati juri untuk memberi markah yang tinggi kerana bukan sahaja markah undian atas talian sahaja diperlukan malah markah daripada juga dapat mempengaruhi keputusan akhir pertandingan tersebut.

“Tapi saya faham, kita perlu seimbang, tidak boleh fokus untuk kepuasan peminat sahaja. Ini merupakan pertandingan dan pastinya setiap minggu saya mahu buat yang terbaik untuk pikat hati juri juga.”

“Cuma mungkin dalam saingan keempat, lagu Amboi macam susah sikit, tapi saya cuba beranikan diri. Apa pun, saya kagum dan hormati dengan para rapper di negara kita sebab memang takmudah untuk buat rap. Perlu energi dan pernafasan kena juga jaga.”

“Saya buat sikit pun sudah semput. Itu belum hafal liriknya lagi.”

 

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group