Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang telah didakwa memberikan rantai emas palsu kepada juara Gegar Vaganza musim keempat, Aishah dan menjelaskan bahawa rantai tersebut rantai emas putih yang bertatah batu permata yang dibeli beliau di luar negara dan meminta Aishah untuk menukarkan kembali rantai tersebut dengan Lavida Coin kerana bagi beliau rantai itu amat bermakna dalam hidup beliau.

aishahjmm_39138485_261093684728453_9147342564435689472_n

Namun, penawaran beliau ditolak oleh Aishah dan Aishah meminta beliau untuk menggantikan rantai emas yang didakwa palsu itu dalam bentuk wang tunai atau barang kemas yang sama nilai sebagai pertukaran.

Datuk Seri Vida berkata, beliau tidak akan sesekali menggantikan rantai emas tersebut dalam bentuk wang tunai mahupun barang kemas yang lain kerana hadiah tersebut sama sekali tidak termasuk dalam senarai hadiah utama dalam pertandingan Gegar Vaganza musim keempat itu.

“Saya takkan ganti dengan wang tunai mahupun barang kemas bernilai RM80,000.”

“Saya hanya akan ganti dengan Lavida Coin…’you take it or leave it’.”

Beliau juga menjelaskan bahawa Aishah orang yang paling rugi sekiranya menolak untuk menerima Lavida Coin kerana Lavida Coin merupakan salah satu bentuk pelaburan mata wang kripto dan token digital.

“Kalau dia taknak Lavida Coin bermakna dia orang paling rugi atas muka bumi ini.”

Datuk Seri Vida turut meluahkan hasrat beliau untuk pihak Astro menarik balik gelaran juara yang diberikan kepada Aishah dan menegaskan bahawa beliau tidak sepatutnya meminta maaf kepada Aishah kerana beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dek kerana hadiah yang diberikan kepada Aishah bukanlah hadiah utama, ia hanya diberikan kepada beliau sekadar hadiah tambahan dan atas dasar keikhlasan Datuk Seri Vida sendiri namun akhirnya begini jadinya.

“Kenapa saya perlu bagi duit pula kat dia? Lagipun rantai itu saya bagi seikhlas hati.”

“Saya bagi atas dasar ikhlas dan tiba-tiba dia buat begini pula. Saya mahu nama saya dibersihkan.”

“Saya mahu kejuaraan dia ditarik balik… dia tak layak dapat nombor satu tapi nombor 10.”

 

 

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group