Pelakon Ahmad Ezzrin Loy atau dikenali sebagai Ezzrin Loy, dijadikan bahan ejekan oleh netizen berikutan gambar yang dimuat naik di Instagram Story miliknya dan gambar tersebut seolah menayang kemewahan beliau.

Menjadi seorang selebriti, penampilan atau apa sahaja yang dimuat naik pasti akan menjadi perhatian netizen.

Ezzrin melabelkan setiap jenama yang dipakainya dimana dia menggayakan pakaian serta aksesori berjenama mahal melalui gambar yang dimuat naik di Instagram Story.

ezzrin loy

Di Twitter, netizen menjadikan tindakan Ezzrin memuat naik gambar sebagai bahan ejekan dan mempersoalkan motif Ezzrin melabelkan setiap jenama yang dipakainya dan ada individu yang memuat naik gambar dan melabel gambar tersebut seperti yang Ezzrin lakukan.

tiru gaya ezzrin 1

tiru gaya ezzrin 2

Kepada netizen di luar sana, berhentilah mengejek Ezzrin di atas tindakan beliau memuat naik gambar tersebut, mungkin boleh menjadikan ianya sebagai inspirasi untuk bergaya seperti beliau.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group