Pelawak dan juga pengacara, Jihan Muse baru-baru ini dikaitkan dengan isu masalah disiplin dalam kegagalan menguruskan jadual kerja dengan baik.

Jihan dikaitkan dengan isu tersebut apabila beliau tidak menghadiri sidang media rancangan popular Gegar Vaganza (GV) musim kelima malah beliau tiba di majlis itu setelah majlis tersebut berakhir.

Jihan telah menjelaskan di mana beliau akui mempunyai masalah komunikasi antara pihak pengurusan beliau dengan penganjur sehingga menjadi punca beliau tiba lewat di sidang media tersebut.

“Minta maaf sangat-sangat kerana saya terlibat dengan penggambaran lain, namun saya merayu kepada pihak produksi agar dapat melepaskan saya dua jam lebih awal.”

“Saya hanya mengikut jadual yang ditetapkan pihak pengurusan, jika dahulu saya akan menyemak jadual kerja setiap hari namun setelah berumah tangga, masa saya dihabiskan untuk keluarga.”

Di samping itu, Jihan turut menjelaskan kekeliruan banyak pihak berkaitan beliau yang kini bergelar penyampai radio stesen Hot FM.

jihanmuse_40546691_1054614954720050_7885026877501970503_n

“Timbul salah faham kerana pihak stesen radio itu meletakkan promosi saya bersama barisan penyampai segmen pagi.”

“Namun apa yang berlaku ialah saya hanya terlibat menjayakan satu segmen rakaman, jadi ia tidak menuntut komitmen harian.”

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda! 

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group