Penyanyi Ernie Zakri, Wany Hasrita dan Ara Johari menzahirkan rasa tidak puas hati di laman sosial Instagram dan Twitter mereka apabila merasa seolah-olah ‘dipergunakan’ untuk mempromosikan lagu Haqiem Rusli di satu sesi FB Live semalam.

It is not funny to do this. Not at all. #GoodBye

A post shared by Misteri (@erniezakri) on

twitter ernie 1

Ernie Zakri memuat naik gambar di laman Instagram dan menzahirkan kekesalan beliau di status Twitter mengenai hal tersebut dan beliau mengatakan bahawa beliau terasa dirinya dipergunakan dan hanya membuang masa hadir ke program tersebut.

instagram ernie 1

twitter ara 1

Ara Johari dan Wani Hasrita turut merasakan hal yang sama seperti yang dirasakan oleh Ernie dan tajuk perbualan utama dalam program tersebut hanyalah mengenai kisah depresi Haqiem yang menyebabkan beliau ingin bersara dari dunia muzik dan menjadikan mereka seperti boneka disitu.

Menjadikan kisah depresi untuk mendapat populariti ialah satu benda yang tidak patut dilakukan, ini kerana depresi merupakan satu penyakit mental yang memerlukan masa untuk sembuh dan ianya bukanlah satu penyakit yang boleh sembuh begitu sahaja.

Kepada Ernie, Ara dan Wany, semoga bersabar dengan apa yang terjadi ini, ini adalah dugaan menjadi anak seni dan semoga berjaya dalam kerjaya. Kepada Haqiem, jika benar mempergunakan mereka untuk kepentingan anda, turunkanlah ego memohon maaf kepada mereka.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group