Penyanyi Tomok ingin menghadiahkan peminatnya bersempena dengan ulang tahun ke-20 New Boyz untuk membuat persembahan bersama ahli kumpulan New Boyz dalam persembahan Tomok Vs Black – In The Spotlight yang bakal berlangsung di Dewan Filharmonik Petronas (DFP) pada 28 November ini.

Rata-rata peminat yang membeli tiket ingin Tomok membuat persembahan bersama kumpulannya dahulu iaitu New Boyz.

Bagi memenuhi permintaan peminatnya, dia mencuba untuk mengumpulkan ahli kumpulan New Boyz, dimana kebanyakkan mereka tidak lagi aktif dalam bidang tersebut.

Kali terakhir mereka membuat persembahan bersama adalah 5 tahun lepas di pentas Gegarvaganza.

Jika semua ahli kumpulan New Boyz bersetuju untuk membuat persembahan bersama Tomok, ini merupakan satu hadiah buat para peminat mereka yang dah lama ingin melihat mereka membuat persembahan. Lagu mana yang paling tersemat di ingatan jika sebut nama New Boyz ini?

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group