Kumpulan Newboyz yang terdiri daripada Tomok, Along, Lan, Jay, Syuk merupakan kumpulan yang pernah menjadi fenomena dalam industri muzik tanah air pada era 90-an.

Baru-baru ini, vokalis kumpulan tersebut, Tomok telah memuat naik video lagu kumpulan mereka di laman Instagram untuk mengimbau kembali perkara tersebut sekaligus memberitahu peminat bahawa kumpulan mereka bakal melakukan konsert throwback pada November nanti.

Tomok juga memberitahu kumpulan mereka sudahpun menari tarian dalam video muzik mereka pada zaman tersebut sebelum tarian raver muncul.

Rata-rata peminat yang mengetahui perkara tersebut begitu teruja dengan pengumuman yang dilakukan oleh Tomok.

“ni serious serious jommmm book tiket cepat!!!!!!!!!”

“Rindu..syuk,Lan,Jay,Along n Tomok bersatu balik…rindu Newboyz yg mula2…”

“Betul tu lan, syuk, along,jay tlong la peminat masih menunggu anda untuk bersama tomok nanti.. Rindu giler lama x tgk kauorg bersama….”

kenangan ☺️

A post shared by Tomok (@tomokofficial) on

Beliau juga akan mencuba untuk mengumpulkan semula ahli-ahli kumpulan tersebut untuk mengembalikan era mereka yang masih tidak dilupakan peminat-peminat.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group