Sebelum ini, filem korea Train To Busan yang mengisahkan virus zombi yang merebak daripada seorang wanita yang menaiki kereta api dengan kesan gigitan pada kaki sehingga menyerang hampir keseluruhan penumpang di dalam kereta api dan merebakkan virus zombi tersebut kepada mereka.

Pengarah kepada filem tersebut, Yeon Sang-Ho mengesahkan beliau kini dalam perancangan untuk menghasilkan sambungan daripada filem tersebut.

“Setakat ini, kami hanya ada versi awal senario yang bakal dilakukan dalam filem sekuel ini, tajuk pun masih belum ada, pelakon apa tah lagi.”

“Kemungkinan besar, semua pelakon awal Train To Busan tidak akan ada dalam filem sekuel ini.”

“Namun begitu, apa yang pasti, filem sekuel ini adalah kesinambungan daripada filem pertama apabila virus itu telah merebak ke seluruh negara, cuma bezanya.. adalah fokus utama sekarang adalah bandar dan bukannya kereta api.”

“Penggambaran dijangka bermula awal tahun hadapan.”

Beliau berkata kepada media korea, perkara ini masih dalam perancangan dan tidak diberikan keputusan apa apa lagi.

Filem ini sebelum ini telah mencecah kutipan terbanyak di negara Malaysia, Hong Kong dan Singapore dan memecah rekod filem Korea Selatan.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group