Wak Doyok merupakan seorang ikon fesyen yang terkenal dan baru-baru ini beliau telah memuat naik sekeping gambar di Instastory di laman sosial Instagram di mana gambar tersebut menunjukkan koleksi kasut yang memenuhi bilik dan netizen mendakwa bahawa gambar koleksi kasut tersebut diambil daripada carian Google.

Wak menjelaskan beliau tidak pernah menyatakan bahawa kasut itu miliknya dan beliau bebas memuat naik apa sahaja di akaun Instagram beliau dan beliau beranggapan tidak salah mengambil gambar dari Google.

Wak juga mengatakan bahawa mereka yang melemparkan dakwaan terhadap beliau hanya ingin mencari publisiti semata-mata.

Peringatan kepada semua, jika kita ingin menggunakan gambar hak milik orang lain, kita haruslah memberi kredit kepada pihak tersebut dan tidak menganggap ianya seperti hak milik kita.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group