Pelakon Wawa Zainal mengatakan yang dia hanya merasai nikmat berumah tangga yang harmoni dengan Aeril Zafrel setahun lalu walaupun sudah 7 tahun berkahwin.

Selama hampir tujuh tahun berkahwin, jujurnya baru setahun ini yang mereka tidak bergaduh dan harmoni kerana dulu dia sering kali cari pasal dengan Aeril, ujar Wawa.

dua2 x mandi dua2 tak makan lagi dua2 jelek😂

A post shared by Wawa Zainal (@w4w4_zainal) on

Sekarang dia sedar akan sikap dia yang masih muda dan tidak matang mengendalikan sesuatu yang membuatkan dia dan suami sering bertengkar.

Dia juga mengatakan bahawa rezeki bertambah murah apabila rumah tangga harmoni dan kini dia belajar untuk menghargai dan tidak lagi berperangai garang.

Sedangkan lidah lagikan tergigit, apa lagi suami isteri, apa pun pasangan Wawa dan Aeril ni memang dicemburui ramai orang kerana mereka kelihatan sangat bahagia.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group