Seperti yang kita sedia maklum, penyanyi Yuna gemar melakukan aktiviti yang melibatkan kebajikan. Yuna lebih banyak menghabiskan masa beliau dengan menghulurkan bantuan beliau kepada yang memerlukan.

Baru-baru ini, menerusi laman Twitter milik beliau Yuna telah meluahkan rasa sedih beliau terhadap kehidupan liar yang kini semakin terancam akibat sentiasa diburu secara haram.

Yuna berkata, isu tersebut semakin membimbangkan dan berharap agar diberikan sebarang pertolongan ataupun tindakan daripada pihak yang berwajib.

Pihak Jabatan PERHILITAN telah memberi respon melalui penulisan Yuna dengan menjelaskan pihak mereka bakal mengambil tindakan selanjutnya dan dalam proses untuk memulihara dan memelihara hidupan liar daripada sebarang ancaman luar.

Pihak mereka juga telah mengisytiharkan Tahun 2018 sebagai ‘Tahun Perangi Jerat’ dengan kerjasama agensi penguatkuasa dan NGO untuk sama-sama perangi jerat yang dilakukan oleh sindiket haram yang menjadikan haiwan-haiwan semakin pupus.

 

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group