Yusuf Iskandar, anak lelaki kepada pelakon Hairul Azreen dan juga Hanis Zalikha, yang begitu comel dan lucu dengan keletah dan aksi beliau sejak bayi sehingga mempunyai peminat sendiri dan tidak sedikit pun bergantung dengan populariti ibubapa beliau.

Yusuf Iskandar sebelum ini pernah memenangi sebuah anugerah dalam satu anjuran dan kini populariti beliau semakin melonjak naik dengan keletah dan aksi beliau sendiri yang telah memikat hati setiap orang.

Terbaru, Yusuf Iskandar telah diiktiraf ‘Verified’ pada akaun Instagram beliau oleh pihak Instagram dan beliau merupakan kanak-kanak cilik pertama yang diiktiraf ‘Verified’.

😇

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Ibubapa kepada Yusuf Iskandar, Hairul dan Hanis juga ada menjelaskan mereka tidak menggalakkan Yusuf dengan bermain gadget dan anak mereka sendiri juga lebih gemar membaca buku dan mempelajari sesuatu dengan pendekatan yang lebih telus dan semulajadi.

“Alhamdulillah, Yusuf sekarang ini berada di fasa ingin tahu semua benda disekelilingnya. Mengenai soal didikan pula, kami sebenarnya tak galakkan dia bermain gajet macam telefon bimbit malah dia sendiri pun kurang berminat. Mungkin sebab dia sudah terbiasa dengan buku dan permainan sekitarnya membuatkan minatnya ke arah itu. Saya tak cakap bermain dengan gadjet itu salah dan tak boleh, cuma bagi kami kalau boleh tidak mahu galakkannya.”

Untuk pengetahuan umum, ‘Verified’ adalah tanda biru yang diberikan kepada sesiapa yang telah disahkan oleh pihak Instagram sebagai figura awam. Yusuf telah mempunyai 2.4 juta pengikut di laman Instagram beliau.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group