Pelakon, Zahirah Macwilson yang hangat diperkatakan netizen melalui drama lakonan beliau, Jangan Benci Cintaku, baru-baru ini telah memuat naik status di Instastory milik beliau yang seakan menyindir bekas teman lelaki beliau, Zul Ariffin.

Melalui status Instastory beliau, Zahirah Macwilson menulis status yang berbaur sindiran yang ditujukan kepada individu yang didakwa beliau berlagak dan berpura-pura menjadi mangsa.

zahirahmacwilson_37648584_287559338683854_390911512211881984_n

“Twist, ungkit, acah-acah jadi mangsa, tuduh orang lain, sini I love you, sana I love you. Dia buat takpe.”

“Kamu tahu siapa yang saya maksudkan.”

Sebelum ini seperti yang netizen maklum, Zahirah Macwilson pernah menjalinkan hubungan cinta bersama Zul Ariffin namun telah berakhir pada Mac lalu. Sejurus dengan kenyataan yang ditulis di Instastory beliau, netizen menganggap beliau tujukan status tersebut kepada bekas teman lelaki beliau.

Dalam pada masa yang sama, Zul Ariffin turut memuat naik status di Instastory milik beliau seperti membalas semula sindiran daripada Zahirah Macwilson. Zul Ariffin yang hangat diperkatakan netizen mengenai percutian beliau bersama wanita Ukraine berkata beliau tidak mempunyai masa untuk melayan budak-budak yang menginginkan perhatian dan menyuruh Zahirah Macwilson untuk terus ‘move on’.

Get yourself together, get grip and move on lah dik. Abang sibuk, nak layan sindrom budak-budak baru yang nak dapat perhatian.”

Pastinya netizen di luar sana tertanya-tanya mengenai permasalahan dalam hubungan mereka berdua.Apapun yang terjadi, kita biarkan mereka menyelesaikan permasalahan ini dengan sendiri tanpa perlu masuk campur dalam urusan ini.

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group