Jika sebelum ini, Fathia Latiff ada memuat naik gambar mesra rakan baik beliau, Zarina Anjoulie bersama Ismail Izzani yang mendakwa untuk mencari Ismail yang tidak membayar bil hotel bersama seorang temannya atas permintaan Zarina Anjoulie sendiri namun kini, Zarina Anjoulie sendiri yang mengambil tindakan sedemikian.

Zarina Anjoulie sendiri mengambil inisiatif untuk meminta kembali wang yang didakwa dipinjam oleh Mael untuk berfoya-foya ke sebuah hotel bersama rakannya melalui akaun Instagram beliau.

“Kau dah sedap aku pulak yg kena bayar bill Kau dengan gf kau. Tapi takpelah. Kali ni aku maafkan kau. Tapi best aku ngan Tee Tee mempermainkn reporter. KBT KBT….don’t play. MAEL duit Aku mana. Jangan salah anggap dia memang budak baik tapi dah kenapa dia yg sedap aku yang kena tanggung makan dia ngan gf dia.”

Zarina turut menyatakan bahawa sebab kenapa beliau menolong Mael dengan meminjamkan wang sejumlah RM398.85 itu kerana beliau sudah mengganggap Mael seperti anak beliau sendiri.

“Aku ni dah lah janda aku tolong dia pun sebab aku anggap dia cam anak aku. Pastu ni yg aku dapat sebab tu aku malas nak Kwan ngan artis2.Mana RM398.85 sen akuuuuuuuuu!!!!!!!”

Diharapkan Mael dapat menyelesaikan perkara ini dengan elok dan cara yang baik bersama Zarina Anjoulie.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group