Sebelum ini pelakon yang bernama Zarina Anjoulie ini pernah dikaitkan dengan kisah-kisah panas dunia hiburan.Setelah sekian lama tidak mendengar kisah Zarina dek kerana beliau lebih fokus kepada anak dan perniagaan beliau, baru-baru ini terdapat kisah baru mengenai beliau diganggu oleh seorang “peminat” beliau.

anju1“Peminat” ini dikatakan mengajak ibu tunggal itu melakukan kegiatan sumbang di sebuah hotel dan yang paling menjijikkan lelaki itu adalah suami orang.Zarina berkata lagi, lelaki itu turut mengganggu seorang lagi pelakon iaitu Fathia Latif dengan mengajaknya tidur di sebuah hotel.

Zarina telah memuat naik gambar lelaki tersebut dan bukti-bukti yang mengaitkan lelaki itu mengajak beliau melakukan perkara sumbang tersebut di laman Instagram milik beliau.

anju2

anju3

Zarina turut meletakkan perkara itu adalah “masalah orang-orang Tun” yang mula lupa diri dengan duit yang ada.

Screen-Shot-2018-07-16-at-6.20.42-PMNamun beliau berkata, lelaki yang mengganggu beliau akan “jatuh” suatu hari nanti disebabkan isu wanita dan akan memburukkan pertubuhan sesuatu politik itu sendiri dengan sikapnya yang sedemikian.Lelaki tersebut seharusnya menaikkan taraf negara bukannya menjadikan kuasa itu satu peluang untuk beliau mengganggu wanita seperti Zarina Anjoulie.

Dinasihatkan lelaki pertengahan usia itu lebih berhati-hati dan sentiasa menjaga nama baik politik beliau dan nama baik Tun Mahathir sendiri.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group