Zizan Razak memuat naik gambar dan catatan di laman sosial Instagramnya menarik perhatian netizen.

Melalui catatan tersebut, beliau menzahirkan pendapatnya untuk menegur orang berhemah seperti cara Rasulullah yang lemah lembut berbanding teguran yang hanya mengejar ‘likes’ dan viral semata-mata.

Walaupun Zizan tidak menyebut mana-mana pihak berikutan catatan tersebut, tetapi netizen beranggapan ianya ditujukan kepada individu yang pernah menegurnya secara terbuka baru-baru ini.

Apa-apa pun harap kedua-dua pihak dapat menerima teguran secara baik dan mengambil teguran itu sebagai satu cara untuk memperbaiki diri.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group