Pelakon dan penyanyi, Zizan Razak baru-baru ini kembali dengan single terbaru beliau berjudul Kau Takkan Tahu.

Single terbaru beliau itu menjadi tanda tanya netizen, kepada siapakah lagu tersebut ditujukan.

Terbaru Zizan telah memuat naik video Mira Filzah menyanyikan lagu beliau di laman Instagram dan meminta supaya pelakon jelita tersebut untuk berlakon di dalam video muzik lagu tersebut.

β€œEh ada orang cover lagu kita lah.Terima kasih @mfmirafilzah kerana menjadi peminat setia saya.”

Coretan Zizan telah mencuit hati netizen apabila beliau bertanyakan soalan, adakah Mira Filzah sudi untuk muncul di dalam video muzik beliau itu.

β€œJadi dah alang-alang cik Mira nyanyi lagu saya ni. Jadi saya ingin bertanya teruslah. Boleh ke cik Mira terlibat dalam Music Video KAU TAKKAN TAHU?”

β€œSila jawab dengan ikhlas dan jujur ye cik Mira.”

Adakah lagu tersebut ditujukan kepada Mira Filzah? Hanya Zizan Razak sahaja yang mengetahui perkara tersebut.

Mereka seringkali dikaitkan bersama dan dikatakan mempunyai hubungan cinta.Apapun kita doa yang baik-baik sahaja buat mereka.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group