Gambar-gambar yang dimuat naik di laman Instagram penyampai radio Suria FM itu bagaikan memberi gambaran bahawa beliau sedang berbahagia. Menurut laporan wawancara oleh Berita Harian, Zulin tidak menafikan beliau sedang mengenali seorang jejaka dari negara jiran.

❤️

A post shared by Zulin Aziz (@zulinaziz) on

Dikhabarkan juga bahawa jejaka tersebut merupakan seorang ahli politik di Indonesia. Tambahnya, mereka mula berkenalan ketika beliau bercuti di Indonesia tahun lepas. Beliau dikatakan dilamar oleh jejaka tersebut Sabtu lepas dan menyatakan sudah bersedia untuk memiluk tanggungjawab sebagai seorang isteri.

Beliau turut meminta agar peminat mendoakan yang baik-baik sahaja untuk beliau dan pasangan. Tahniah Zulin.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group