Jika sebelum ini, tular di laman sosial isu Elfira Loy yang telah dikatakan muflis, kini isu yang mengaitkan adik beliau, Ezrin Loy pula yang didakwa liat untuk membayar hutang.

Kisah pertunangan Elfira Loy dengan seorang anak Datuk yang dikenali sebagai Faris telah hangat diperkatakn netizen baru-baru ini.

Berikutan dengan isu tersebut, seorang wanita telah meninggalkan satu komen di Instagram dengan meminta Elfira Loy untuk melangsaikan segala hutang termasuk hutang adik beliau itu dek kerana telah bertunang dengan anak orang ternama.

Wanita tersebut mendakwa Ezzrin belum melangsaikan hutang beliau untuk bil pengubahsuaian kereta meskipun telah berulang kali mengirimkan resit bayaran kepada beliau namun sehingga kini Ezzrin masih tidak dapat dihubungi.

Rata-rata netizen yang membaca komen tersebut turut memberikan respond an persetujuan terhadap kenyataan yang diberikan oleh wanita tersebut.

“betul.. bukan sebulan dua.. dah bertahun dah hutang tu.. call x angkat buat2 xdgr la.. hurmmm semoga Hidup anda sekeluarga tenang dgn kehidupan xbyar hutang tu..”

“Itulah kann. Berlagak life kaya, hutang bertahun xbayor. Komen ig si ezzrin tu, kena delete ja. Call msg pon diam. Takat mana nk lari xtau.”

“I’m not trying to defend anybody here… but she’s doing what she has to.. El tau tak, kalau hutang x dituntut si tukang beri hutang pun boleh berdosa? Just my advice laa.. I don’t have anything against you El.”

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group