Pelakon, Alvin Chong yang terkenal dengan drama Awak Suka Saya Tak yang ditemui pada majlis pelancaran program I Can See Your Voice Malaysia baru-baru ini berkata beliau jarang membaca komen-komen negatif yang ditinggalkan netizen.

Alvin Chong tidak mahu komen-komen yang ditinggalkan di ruang Instagram beliau menjadikan diri beliau diselubungi aura yang negatif malah beliau menjadikan kritikan dan kecaman itu sebagai senjata untuk terus semangat dalam memperbaiki diri dalam dunia seni.

alvinchong123_34462813_208932589830321_1167126310074449920_n

Beliau juga berkata, netizen di luar sana tetap akan mencari salah walau sedikit pun untuk dijadikan bahan kecaman jadi beliau beranggapan sekiranya buat kebaikan juga dikecam apatah lagi buat kesalahan walau sekecil zarah sekalipun turut akan menjadi kecaman netizen juga.

“Sebenarnya buat benda baik pun orang kecam… jadi saya tidak terlalu memberi perhatian kepada perkara negatif dan ia tidak pernah melemahkan semangat saya.”

Oleh sebab itu, beliau mengambil inisiatif untuk tidak membaca komen negatif dan sentiasa menjadikan komen-komen yang bernas untuk memperbaiki kelemahan beliau.

“Kebiasaannya saya tak baca pun komen dan jika ada yang melampau sehingga menimbulkan perbalahan saya padam komen itu atau sekat akaunnya.”

“Saya terbuka kepada kritikan jadi memang banyak kelemahan yang perlu saya perbaiki.”

“Mana nasihat dan kritikan membina saya ambil dan kata-kata negatif bersifat menjatuhkan saya abaikan sahaja.”

alvinchong123_32950982_123774205161986_4843161086117019648_n

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group