Bront Palarae kini sedang menjalankan kempen untuk mengumpul dana RM2 juta daripada orang ramai untuk membiayai projek filem arahannya berjudul Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen dari 18 Jun lalu dan bakal berakhir 31 Julai.

Bront mengatakan bahawa untuk menjayakan filem tersebut, beliau memerlukan sumbangan daripada orang ramai untuk merealisasikan filem tersebut dihasilkan agar dapat ditayangkan pada musim sambutan kemerdekaan tahun depan dan kempen tersebut merupakan satu inisiatif untuk menjadikan filem itu satu kenyataan.

Beliau juga mengatakan bahawa beliau masih menunggu dana daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) yang masih lagi dalam peringkat perbincangan dan setakat hari ini, sumbangan yang diterima daripada orang ramai adalah sebanyak RM9,007.

Filem ini merupakan karya yang dapat memberikan inspirasi kepada generasi akan datang disamping menghiburkan orang ramai. Tambah Bront, produksi beliau telah menyediakan cenderahati untuk diberikan kepada mereka yang memberikan sumbangan.

Untuk maklumat lanjut serta menyumbang untuk kempen filem Dawn Raid ini, boleh layari laman ini.Jika anda mahu jadi sebahagian daripada filem hebat ini, bolehlah menyalurkan sumbangan anda dan pastinya filem yang berkualiti akan menanti anda.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group