Setiap pasangan suami isteri pasti mengidamkan anak-anak yang sempurna akal dan fizikal dan tiada siapa yang menginginkan sebaliknya.Begitu juga dengan pelakon jelita, Catriona Ross yang harus membesarkan salah seorang beliau yang disahkan mempunyai autism, Jammal Raess Ross-Iddin.

catrionabrianross_40241359_1175903365890307_2084899808386835740_n

Bukan senang bagi seorang ibu mahupun bapa untuk menjaga dan membesarkan anak autism, lebih-lebih lagi mereka yang mempunyai autism ini perlu diberi lebih perhatian berbanding kanak-kanak yang lain.

catrionabrianross_40792576_255434611836724_7890699465395694841_n

Bagi Catriona Ross, untuk membesarkan anak yang berusia enam tahun ini memang dipenuhi dengan pelbagai cabaran namun beliau harus tetap gigih dan tabah tanpa sebarang rungutan mengenai anak autism beliau itu.

“Jika berlaku meltdown memang kelam-kabut sikit tetapi jarang-jarang berlaku. Namun jika berlaku di khalayak ramai, selalunya saya cepat-cepat minta maaf dan berterus-terang, anak saya autism.”

“Biasanya mereka angguk tanda faham dan memberi isyarat dengan tangan bererti taka pa. So far people around me has been kind dengan body language yang begitu. Saya bersyukur sangat.”

“Sebagai selebriti, saya perlu jujur mengenai perkara ini dan berharap agar masyarakat sama-sama faham dan timbul rasa tanggungjawab tentang sindrom.”

Catriona juga menasihati ibu bapa di luar sana supaya tidak mempunyai perasaan segan mahupun malu sekiranya dikurniakan anak istimewa malah perlu bersikap positif dan pedulikan  sahaja tanggapan orang sekeliling.

“Saya akan pastikan Raess boleh berdikari dan menguruskan dirinya sendiri. Itu objektif saya buat masa ini. Supaya dia dapat berdiri atas kaki sendiri.”

“Anak-anak autism ini kebiasaannya dlay 3 tahun ke belakang berbanding anak tipikal.”

“Saya akan study minat dia dan akan hantar ke sekolah vokasional atau ke pusat latihan buat anak-anak istimewa. Tapi buat masa sekarang saya akan fokus kepada toilet training dan perkara asas dahulu.”

Saksikan Guns ‘N Roses Beraksi Di ‘Not In This Lifetime Tour Live In Malaysia’

Guns N’ Roses sekali lagi kembali ke Malaysia tetapi kali ini berbeza kerana line-up asal mereka yang akan menghiburkan anda! 

Dapatkan potongan harga sebanyak 15% dengan memasukkan kod MSIA7 untuk setiap kategori (kecuali VVIP)!

Tiket boleh terus dibeli di buytickets.com.my

Guns

Maklumat lanjut layari Facebook Rasmi Guns ‘N Roses, Facebook Fans Guns ‘N Roses dan Facebook Galaxy Group.

Jumpa anda di sana!

 

Anda Mungkin Suka

© 2021 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group