Setiap tahun pelakon terkenal Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta memang terkenal dengan puluhan pasang baju raya untuk setiap seorang ahli keluarganya. Jika tahun lepas beliau menyediakan 30 pasang baju raya untuk setiap seorang tahun ini mereka sekeluarga bakal melaram 20 pasang baju sahaja.

Menurutnya mereka sekeluarga bakal meraikan 1 Syawal di Kuala Lumpur terlebih dahulu sebelum balik beraya di kampung halamannya di Alor Setar, Kedah. Mereka masih mengekalkan tradisi rumah terbuka pada hari ke-4 untuk sesiapa sahaja yang ingin bertandang ke rumahnya.

Beliau yang terlalu teruja untuk menyambut Hari Raya sudah menggosok kesemua baju dan memasang butang pada baju melayu suami dan anak-anaknya. Beliau mengaku sudah tidak sabar untuk melaram dengan baju-baju baharunya. Jika Che Ta mempunyai 20 pasang baju untuk tahun ini, anda pula ada berapa pasang baju?

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group