Mamat Khalid menzahirkan kekesalannya terhadap ulasan filem yang diterbitkan oleh Harian Metro.

Dia dalam satu kenyataan di laman sosial Facebooknya mempersoalkan ulasan filem yang dibuat oleh Harian Metro dan dia merasakan bahawa dia berasa susah untuk membuat filem di tanah air.

Tambahnya lagi, dia mempersoalkan sampai bila pembikin filem harus menambah risiko untuk menghasilkan satu naskhah filem.

Screenshot_20180813_142646

Berikutan mendapat kecaman dari netizen mengenai ulasan filem yang diterbitkan oleh Harian Metro, ulasan filem tersebut dipadam dari laman web Harian Metro.

Rata-rata netizen memuji dan merasakan filem Hantu Kak Limah penuh dengan mesej-mesej yang tersirat.

Walaubagaimana pun, bagi kebanyakkan netizen, mereka terhibur dengan jalan cerita dan lawak jenaka yang disajikan sepanjang filem Hantu Kak Limah. Apa pula pandangan peribadi anda tentang filem Hantu Kak Limah ini?

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group