Ustaz Ebit Lew bertemu dengan Datuk Aliff, Datin Shahidah dan Sajat di rumah Sajat semalam untuk berdakwah secara live di Facebook di mana ianya mendapat tontonan lebih 490,000 dan 35,000 komen.

Sedia maklum bahawa Datuk Aliff Syukri akan melancarkan lagu terbaharu yang bergenre nasyid bergandingan dengan isterinya.

Ketika live video tersebut, Datuk Aliff sempat lagi mempromosikan lagu nasyidnya dan juga mengubah lirik lagu Bobo Di Mana kepada versi nasyid yang mendapat kecaman sebelum ini.

photo_2018-09-25_13-42-02

Netizen mempersoalkan sebab sebenar Dato Aliff dan Sajat menjemput Ustaz Ebit Lew ke rumah memandangkan mereka seperti endah tak endah sahaja nasihat yang diberi Ustaz Ebit.

Tetapi Ebit Lew nampak ini sebagai peluang dakwah yang terbaik. Terpulang pada anggapan netizen. Semoga dibukakan hati semua yang menonton video live semalam.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group