Filem Hantu Kak Limah yang bakal ditayangkan di pawagam pada 9 Ogos ini menampilkan penampilan istimewa usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida yang membawa watak pari-pari.

Wah! Dato’ Seri Vida jadi pari-pari dalam Hantu Kak Limah.

Penerbit eksekutif filem Kak Limah, Gayatri Su-Lin Pillai berkata, filem Hantu Kak Limah ini merupakan filem pertama yang dilakonkan Dato’ Seri Vida dan mempunyai adegan-adegan lucu dan aksi bersahaja oleh Dato’ Seri Vida.

“Saya dan Mamat Khalid sudah lama mengenali Vida, malah sebelum beliau popular lagi.”

“Penonton akan dapat menyaksikan Vida dalam aksi bersahaja, kelakar dan akan meninggalkan kesan.”

Dato’ Seri Vida pula berkata, beliau melakonkan watak pari-pari hanya tiga babak sahaja dan itu sangatlah bersesuaian dengan beliau dek kerana beliau bukannya seorang pelakon dan ini adalah lakonan pertama beliau.

“Saya biasa-biasa saja, sesuailah dengan saya yang bukan pelakon ni.”

“Lagipun watak saya kecil dan penggambaran untuk watak pari-pari itu pun hanya tiga hari di dalam hutan Taiping.”

Jom sama-sama kita saksikan nanti Filem Hantu Kak Limah dan lihat bagaimana hasil lakonan Dato’ Seri Vida yang turut digandingkan dengan pelakon-pelakon hebat iaitu Delimawati yang merupakan “Hantu Kak Limah, Datuk Awie, Erra Fazira, Uqasha Senrose, Pekin Ibrahim, Zul Ariffin dan Jue Aziz.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group