Datuk Aliff Syukri yang sentiasa dihimpit kontroversi, beliau dikecam oleh netizen kerana beliau mengatakan bahawa anak-anaknya seperti pengemis dalam catatan gambar yang dimuat naik oleh beliau di laman sosial Instagram.

Gambar yang dimuat naik oleh beliau seperti ingin meraih pujian daripada netizen kerana hanya beliau kelihatan kemas dalam gambar tapi sebaliknya kerana netizen beranggapan sebagai seorang bapa, kata-kata yang diungkapkan adalah satu doa.

Mungkin Datuk Aliff Syukri ni terlalu suka mencari perhatian sampaikan tidak dapat membezakan apa yang perlu dan tidak untuk diperkatakan mahupun ditonjolkan kepada umum.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group