Kereta Mewah Mercedez Benz CLK yang berharga setengah juta menjadi milik Cik B yang baru berusia 13 tahun dihadiahkan oleh ibunya Datuk Seri Vida menjadi buah mulut orang ramai.

Tindakan Datuk Seri Vida dipersoalkan kerana membenarkan Cik B membawa kenderaan tanpa lessen menimbulkan perbalahan dari kalangan netizen di ruangan komen Instagram beliau.

CiK B..Cik B.. Mana Fanz Ciik B.. Nak ajak naik kereta ni.. Cik B bawa

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Hadiah tuk Cik.B.. Merz . Tag kawan kawan yg nak beli kereta cenggini

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Beliau berkongsi video memberi kereta mewah tersebut dan membenarkan Cik B memandu kereta tersebut di laman sosial Instagram beliau dan rata-rata netizen mengatakan bahawa Cik B tidak patut memandu kerana tidak mempunyai lesen dan ia merupakan perkara yang bahaya.

Walaupun kelihatan dalam video tersebut Cik B memandu dalam kawasan gudang dan ada orang dewasa yang memantau, tetapi menjadi satu kesalahan memandu tanpa lesen. Walau apa pun, beruntung jadi Cik B dapat kereta mewah dalam usia yang muda.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group