Pelakon, Sharnaaz Ahmad yang terkenal dengan sikap beliau yang berterus terang dan lantang di kalangan netizen, baru-baru ini kelihatan berang dengan sikap netizen yang suka menghukum dan mempersoalkan kredibiliti seseorang.

Sharnaaz Ahmad yang kelihatan berang melalui penulisan beliau di laman Twitter yang mengatakan netizen mempersoalkan kelayakan beliau dalam melakonkan watak seorang hero dalam sesuatu drama dek kerana netizen beranggapan wajah beliau yang tidak sekacak Syafiq Kyle.

Sharnaaz Ahmad berkata, netizen yang berkata seperti itu tidak layak sama sekali untuk mengkritik kelayakan beliau sekiranya netizen-netizen tersebut tidak secantik Hanna Delisha.

Beliau juga memberi respon kepada salah seorang netizen yang berkata bahawa beliau seakan memaksa netizen untuk menonton drama yang dilakonkan beliau di slot Akasia TV3 bersama Ayda Jebat.

Berikutan isu tersebut, sebelum ini Sharnaaz Ahmad pernah bertanya kepada netizen adakah Cinta Bukan Kristal lakonan beliau bakal menandingi jumlah tontonan dari drama Jangan Benci Cintaku yang telah berakhir baru-baru ini.

Dinasihatkan kepada netizen di luar sana, janganlah terlalu memilih untuk melihat sesuatu drama mahupun filem yang dilakonkan oleh selebriti Malaysia kerana sebagai orang Malaysia kita seharusnya menyokong hasil karya yang dihasilkan oleh selebriti tempatan dan bukannya menghukum setiap kesalahan seseorang itu.

Kita perlulah memberi peluang kepada Sharnaaz Ahmad dan selebriti-selebriti lain untuk menonjolkan bakat yang sedia ada pada mereka dapat dipertontonkan kepada umum.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group