Pelakon dan juga composer lagu, Edry Abdul Halim telah menubuhkan syarikat, KRU Entertainment United Kingdom Limited di Manchester, UK demi untuk melihat anak ketiga beliau, Emery yang menghidap autism mendapat pendidikan sempurna di sana.

Selain melihat anak beliau mendapat pendidikan sempurna, penubuhan syarikat itu bertujuan menjalankan peranan syarikat sebagai ejen promosi bagi mengembangkan bakat artis Asia ke antarabangsa serta mudah untuk melakukan persembahan di luar dan dalam negara.

edryabdhalim_18444019_1843905682599696_5430820226910388224_n

edryabdhalim_16464027_1147250028737109_3873276897093746688_n

Anak Autisme, Emery Edry

Edry berkata, tujuan beliau memilih lokasi penubuhan syarikat di Manchester kerana beliau melihat di sana terdapat sekolah yang terbaik untuk anak-anak autisme seperti anak beliau itu namun beliau juga akan melihat setiap perkembangan anak beliau selama dua tahun bagi menyesuaikan diri anak beliau disitu akan tetapi sekiranya dirasakan sekolah tersebut tidak sesuai, beliau bakal menukarkan anak beliau ke sekolah yang lain.

“Saya memilih Manchester kerana di sana ada sekolah terbaik untuk anak autisme. Saya belum mendaftarkan lagi anak kerana sesi persekolahan hanya bermula September ini.”

“Saya akan lihat dulu perkembangan Emery dalam tempoh setahun atau dua tahun ini, jika tidak bersesuaian, dia mungkin dipindahkan ke sekolah lain.”

Dalam pada itu, beliau menjelaskan beliau juga terpaksa berulang alik dari negara tersebut disebabkan kekangan kerja beliau yang terpaksa mengendalikan empat artis yang masih dibawah naungan KRU bahkan beliau juga akan mencungkil bakat-bakat baharu melalui penubuhan syarikat baru di Manchester.

“Walaupun berjauhan, tidak susah menguruskan mereka kerana kami boleh berkomunikasi menerusi FaceTime dan Skype. Segala perbincangan dan komunikasi hanya menerusi media sosial.”

“Menerusi syarikat ini, saya akan mencungkil bakat baharu di sana, selain menjadi ejen promoter untuk konsert artis antarabangsa di Malaysia dan Asia.”

Syarikat yang ditubuhkan di Manchester, UK itu bakal mula beroperasi penuh pada penghujung tahun ini.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group