Kerajaan baru telah membuat keputusan untuk semua murid di Malaysia memakai kasut hitam bermula tahun hadapan. Pelakon, Farouk Hussain telah memberi respon beliau terhadap penukaran dari kasut putih ke kasut hitam itu adakah berbaloi dan berkait rapat dengan tahap pembelajaran murid-murid.

“ Adakah ini satu keputusan yg bijak atau sebaliknya…?.”

“ Adakah tukar kasut putih ke hitam ada impak terhadap tahap pembelajaran murid2…? .”

Kerajaan mengambil inisiatif ini berhubung dengan permintaan ibu bapa yang sering kali mengadu berkaitan pemakaian kasut putih yang menyebabkan kaum ibu terpaksa membasuh hampir setiap minggu kasut anak-anak mereka.

Farouk Hussain telah memberi pandangan beliau bahawa keputusan yang dibuat semata-mata atas kehendak ibu bapa itu kurang tepat dan yakin pasti ada sebab dan alasan kukuh sehingga menyebabkan kerajaan membuat keputusan tersebut.

“ Terpulang pada penerimaan ibubapa zaman skrg… Tp pada sy, ia mmg sebahagian dari disiplin diri dan tanggungjawab… Latihan bermula dari kecil…”

Beliau berkata lagi, sekiranya faktor kasut putih cepat kotor menjadi punca keputusan itu dibuat, itu seharusnya menjadi tanggungjawab ibu bapa sendiri untuk mendisiplinkan anak mereka kerana itu salah satu pembelajaran dalam menjaga kebersihan dalam diri sendiri.

Bak kata pepatah melayu “Melentur buluh biarlah dari rebungnya” itu haruslah dipraktikkan oleh ibu bapa untuk mengajar anak-anak mereka dari kecil untuk bersikap ke arah yang positif.

Apapun, keputusan yang dibuat kerajaan itu pasti ada sebab dan alasan yang kukuh. Pasti adik-adik sekolah sudah tidak sabar untuk memakai kasut hitam ke sekolah pada tahun hadapan.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group