Siapa tidak mengenali Datuk Hans Isaac, seorang pelakon dan penerbit yang berbakat menzahirkan hasratnya untuk mencipta nama di Hollywood kerana beliau tidak ingin lagi bertarung dengan pasaran Malaysia dimana penonton hanya nak tengok pelakon muda.

Menurutnya, pemikiran masyarakat di Hollywood berbeza berbanding Malaysia dan umur tidak menjadi masalah jika ingin memasuki pasaran di sana.

Beliau juga mengatakan bahawa beliau berbangga dengan kejayaan Henry Golding yang mencipta nama di Hollywood dengan membintangi filem Crazy Rich Asian di usianya yang muda.

Apa-apa pun jika Datuk Hans Isaac ingin menapak di Hollywood, kita doakan agar beliau berjaya dan segalanya akan berjalan lancar.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group