Kugiran Masdo band yang terdiri daripada empat orang ahli, Ali Sariah, Azham Ahmad, Putu Ceri dan Asmawi masih menyimpan hasrat untuk merakam lagu mereka di London setelah pihak yang ingin menaja kumpulan mereka menarik diri baru-baru ini.

kugiranmasdo_36561257_726259794432265_8929168323267002368_nVokalis band Kugiran Masdo, Ali berkata kumpulan mereka masih sedang mencari penaja yang berbesar hati ingin menaja kumpulan mereka ke London bagi mengurangkan kos perbelanjaan dan perjalanan mereka di sana.

“Sekarang ini kami masih lagi mencari penaja yang sudi membantu mengurangkan kos perbelanjaan.”

“Kalau ikutkan lagu semuanya sudah ada dan perancangan itu pun sudah disusun. Cuma memang ada masalah dari segi penajaan sahaja.”

kugiranmasdo_36653899_177642166437425_7169230732710117376_nKumpulan itu terkenal dengan genre lagu 60-an yang mengetengahkan pop era dan juga terkenal dengan lagu mereka yang mengimbau kembali zaman-zaman P Ramlee namun itu bukan kerana mereka tidak mahu bersaing dengan band yang sedia ada dalam industri muzik yang lain akan tetapi mereka sudah dibesarkan dengan genre muzik yang seperti itu.

“Kami pilih muzik pop era itu bukan sebab tak nak bersaing dengan kumpulan-kumpulan lain.”

“Tapi memang dari kecil lagi saya dibesarkan dengan muzik seperti itu.”

Nama kumpulan mereka mulai dikenali ramai peminat setelah lagu Bunga menjadi pilihan peminat-peminat lagu pop era dan juga lagu mereka yang lain seperti Teruna Dara, Malam Pesta Rock and Roll dan Berchanda Di Malam Indah.

© 2024 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group